BERITA SEMASA

Sultan Selangor titah segera siasat insiden simbahan asid libatkan Faisal Halim

PETALING JAYA – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar polis segera menjalankan siasatan terhadap insiden yang menimpa pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim.

Baginda bertitah, siasatan tersebut juga perlu meliputi kemungkinan jika ada unsur keganasan atau keingkaran awam seperti samseng bola sepak iaitu hooliganisme.

“Baginda amat kecewa dan menganggap kejadian seumpama ini sebagai melampau kerana melibatkan nyawa ahli-ahli sukan

“Baginda khuatir jika insiden seperti ini jika tidak dibanteras segera, ia akan terus melarat sehingga boleh mengundang perkara lebih buruk pada masa akan datang.

“Baginda mendoakan agar Faisal Halim kembali sihat seperti sediakala dan dapat meneruskan khidmat sebagai pemain untuk pasukan Selangor FC,” kata Istana Alam Shah menerusi kenyataan yang dimuat naik pada Facebook Selangor Royal Office, semalam.

Selain itu, Sultan Sharafuddin turut menzahirkan rasa pihatin dan bimbang susulan kejadian terbaharu berunsur keganasan membabitkan Faisal.

“Baginda selaku Penaung Selangor FC dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah sebagai Pengerusi Selangor FC, mengecam sekeras-kerasnya serangan tidak bermoral ini dan mahu polis menyiasat kejadian ini ke akar umbi serta mencari punca sehingga pelakunya dapat ditangkap dengan segera.

“Baginda turut menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk tampil memberi kerjasama dengan pihak polis,” kata kenyataan tersebut.

Terdahulu, Faisal dilaporkan menjadi mangsa simbah asid dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah sekitar Petaling Jaya, di sini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button