BERITA SEMASADALAM NEGERI

Sultan Pahang nasihat pemandu bersabar, utamakan keselamatan ketika balik kampung

KUANTAN – Pengguna jalan raya diingatkan supaya mengutamakan keselamatan dan kekal berhemah ketika memandu susulan kesesakan trafik di beberapa laluan utama menjelang Aidilfitri.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan rakyat khususnya yang memandu pulang berhari raya sentiasa bersabar dan berhemah ketika di jalan raya atau lebuh raya kerana aliran trafik di beberapa laluan utama ketika ini sesak.

Atas keprihatinan baginda sendiri berkenan meninjau dari udara aliran trafik keluar dari Lembah Klang menuju ke Pantai Timur yang mengalami kesesakan sejak semalam berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri.

Sehubungan itu, baginda bertitah pengguna jalan raya sentiasa mengutamakan keselamatan ketika memandu, selain merancang perjalanan dengan baik bagi mengelakkan tekanan dan keletihan sepanjang perjalanan jauh.

“Saya menyeru kepada semua pengguna jalan raya supaya bersabar, mematuhi peraturan lalu lintas serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan. Keselamatan hendaklah diutamakan agar semua dapat tiba ke destinasi dengan selamat,” titah baginda menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang semalam.

Pada masa sama, baginda turut mengingatkan pemandu tidak terburu-buru, sentiasa berhemah di jalan raya serta berhenti rehat sekiranya berasa letih atau mengantuk.

Baginda turut mendoakan semua rakyat yang pulang ke kampung halaman dipermudahkan urusan dan selamat tiba untuk menyambut Aidilfitri dalam suasana penuh kegembiraan dan keberkatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button