Suara Pemuda GRS tidak diambil kira, ADUN Sukau diangkat jadi Kabinet Sabah – Datu Rosman
KOTA KINABALU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Jafry Ariffin daripada Barisan Nasional (BN) dijangka menyertai Kabinet Sabah yang baharu.
Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Sabah, Datu Rosman Datu Akhir Zaman melalui sekeping gambar di Istana Seri Kinabalu hari ini yang dimuat naik dalam laman Facebooknya.
“Suara Pemuda GRS tidak diambil kira. YB BN Ahli Dewan Undangan Sabah Sukau diangkat menjadi ahli Kabinet Kerajaan Sabah,” katanya.
Terdahulu Pemuda Gagasan Rakyat dalam satu kenyataan menolak sebarang penyertaan BN daripada menyertai Kerajaan GRS Plus yang dipimpin oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Dalam satu kenyataan, Pemuda Gagasan Rakyat menegaskan kerajaan GRS Plus sudah mempunyai majoriti selesa untuk mentadbir negeri iaitu dengan jumlah 29 kerusi GRS, lima Bebas, tiga UPKO, satu Pakatan Harapan, satu KDM dan sokongan dua kerusi daripada STAR.
Menurut mereka, komposisi ini sudah memadai untuk membentuk kerajaan yang stabil tanpa keperluan menambah BN.
Tindakan membawa masuk BN ke dalam kabinet dilihat memberikan “nyawa kedua” kepada BN selepas hanya memenangi enam kerusi pada pilihan raya negeri baru-baru ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















