BERITA SEMASA

Steven Sim masuk hospital, dinasihat berehat seketika

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong kini dirawat di hospital kerana keadaan kesihatan beliau kurang memuaskan.

Perkara itu dikongsi Steven menerusi hantaran di Facebook sebentar tadi.

“Berminggu-minggu sibuk bekerja, akhirnya terpaksa masuk hospital pada Chinese New Year (CNY) ke-4.

“Doktor nasihatkan agar berehat untuk seketika. I’ll be back soon, stronger! Jalan teruih! Kebaikan akan menyusul selepas musibah,” tulis beliau.

Tinjauan di ruangan komen pula, ramai menitipkan doa buatnya.

“Get well soon our YB. Jalan teruih,” komen Mohamad Sani Thalib.

“Take care & get well soon YB. Still many SMEs anak angkat for you to jaga,” komen Sze HG pula.

“Wishing you speedy recovery,” tulis Julie Wong.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button