BERITA SEMASA

SPRM mohon lucut hak harta Putera Turki di Switzerland bernilai RM450.6 juta

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memfailkan permohonan di mahkamah bagi mendapatkan perintah pelucuthakan harta alih yang berada di luar Malaysia atas penama Putera Turki Abdullah Al-Saud.

Permohonan difailkan di bawah Seksyen 56 (1) , 59, dan 61(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001) kelmarin.

Harta-harta yang terlibat adalah wang berjumlah keseluruhan USD115,320,661.63 yang disimpan dalam beberapa akaun bank di Switzerland, termasuk di J.P. Morgan (Suisse) SA dan UBS Switzerland AG.

Tindakan itu diambil selaras dengan peruntukan undang-undang yang memberi kuasa kepada SPRM untuk memohon pelucuthakan harta yang dipercayai merupakan hasil daripada aktiviti haram, tertakluk kepada perintah mahkamah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan permohonan mahkamah tersebut dan menegaskan komitmen SPRM untuk terus memastikan sebarang hasil yang diperoleh melalui aktiviti menyalahi undang-undang diambil tindakan sewajarnya menurut lunas perundangan yang berkuat kuasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button