BERITA SEMASA

Sinergi Majlis Pengakap Negara dan Majlis Pesuruhjaya Negara dorong kecemerlangan PPM

KUALA LUMPUR – Sinergi erat antara Majlis Pengakap Negara dan Majlis Pesuruhjaya Negara dijangka melonjakkan kecemerlangan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) ke tahap lebih baik.

Ketua Pengakap Negara, Mej. Jen. Prof. Datuk Dr. Mohd. Zin Bidin berkata, penglibatan ahli-ahli Majlis Pesuruhjaya PPM dalam mesyuarat Majlis Pengakap Negara menggambarkan keutuhan kerjasama antara kedua-dua badan.p

Menurutnya, kehadiran ahli-ahli Majlis Pesuruhjaya pada mesyuarat kali ini menunjukkan pendekatan berbeza berbanding mesyuarat terdahulu.

“Dahulu, ahli-ahli Majlis Pesuruhjaya tidak datang ke mesyuarat Majlis Pengakap Negara. Kini, kita membawa mereka bersama-sama,” katanya dalam satu kenyataan sempena Mesyuarat Majlis Pengakap Negara Bil. 1/2025 yang berlangsung semalam.

Hadir sama dalam mesyuarat tersebut adalah Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara, Datuk Ahmad Shazily Ismail Bakti dan Pemangku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Dr. Mohammed Mukhyuddin Sarwani.

Dr. Mohd. Zin turut menambah, PPM terus mencatatkan pencapaian membanggakan dalam usaha membentuk generasi muda berkualiti.

Menurutnya, walaupun PPM telah mencapai usia 117 tahun, ia masih kekal relevan dan menjadi antara organisasi belia yang paling berkesan dalam membentuk jati diri dan sahsiah anak muda.

“Kita telah memainkan peranan kita dengan sangat baik setakat ini. Pengakap adalah platform terbaik untuk membangunkan potensi golongan muda,” katanya.

Beliau juga berkata, tiada organisasi belia lain yang mampu menandingi gerakan pengakap dari segi capaian dan impaknya di peringkat dunia.

“Pengakap telah terbukti di seluruh dunia mampu mengubah kehidupan individu ke arah yang lebih baik. Ramai pemimpin negara dan masyarakat bermula daripada gerakan pengakap,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button