Pengakap Crew C Petaling Perdana hulur bantuan di PPS Masjid Putra Heights
SUBANG JAYA – Seramai sebelas ahli pasukan Pengakap Crew C, Petaling Perdana turun padang secara sukarela bagi membantu mangsa kebakaran saluran paip gas yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights, di sini hari ini.
Salah seorang sukarelawan, Khoo Kah Min, 24, berkata, inisiatif tersebut diambil atas dasar keprihatinan terhadap mangsa yang terjejas.

“Kami datang atas inisiatif sendiri kerana mahu membantu mereka yang memerlukan.
“Semalam, kami menguruskan pakaian yang disumbangkan, manakala hari ini kami memberi tumpuan kepada penyusunan serta pengagihan barangan keperluan,” katanya yang merupakan pelajar IACT College.
Khoo turut meluahkan rasa gembira melihat semangat perpaduan dalam kalangan sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang.
“Saya sangat terharu melihat rakyat Malaysia bersatu dalam membantu antara satu sama lain. Inilah semangat satu Malaysia yang kita banggakan,” tambahnya.
Pusat pemindahan sementara itu menempatkan mangsa kebakaran yang kehilangan tempat tinggal sementara pihak berkuasa menjalankan siasatan dan usaha pemulihan.
Terdahulu, pada 1 April lalu, insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights telah menyebabkan lebih 200 buah rumah terjejas teruk.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








