SUKAN

Senegal cerahkan peluang ke pusingan kalah mati, jadi negara Afrika pertama jaringkan 5 gol dalam satu perlawanan Piala Dunia

TORONTO – Senegal mencipta sejarah apabila muncul sebagai negara Afrika pertama yang menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan Piala Dunia FIFA, selepas membelasah Iraq 5-0 dalam aksi Kumpulan I.

Kemenangan bergaya itu menyaksikan Lions of Teranga melakar rekod baharu di pentas Piala Dunia, sekali gus menghidupkan peluang mereka untuk mara ke pusingan 32 pasukan terakhir.

Lima jaringan Senegal disumbangkan oleh Habib Diarra (minit ke-4), Ismaila Sarr (56), Pape Gueye (59, 71) dan Iliman Ndiaye (82), manakala Iraq terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Rebin Sulaka dilayangkan kad merah seawal minit ke-13.

Keputusan tersebut turut melonjakkan Senegal ke tangga kelima dalam senarai pasukan tempat ketiga terbaik, sekali gus meningkatkan peluang mereka untuk layak ke pusingan kalah mati, bergantung kepada keputusan perlawanan kumpulan lain.

Rekod baharu itu mengukuhkan lagi pencapaian Senegal sebagai antara kuasa bola sepak utama Afrika di pentas dunia, selain menjadi pasukan Afrika pertama yang berjaya menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan Piala Dunia FIFA.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button