JENAYAH & MAHKAMAH

Selebriti ditahan kerana miliki ganja

SEPANG – Polis menahan seorang selebriti tempatan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Norhizam Bahaman berkata, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang pada kira-kira pukul 3.10 petang.

“Hasil pemeriksaan lanjut di rumah tersebut telah menemukan dua paket plastik lutsinar, yang tiap satunya mengandungi leraian dedaun kering disyaki dadah jenis ganja.

“Anggaran berat keseluruhan dadah disyaki ganja yang telah dirampas ialah 60.3 gram,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Tambahnya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

“Lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button