BERITA SEMASASUKAN

Selangor FC tambah kekuatan dengan Jeon Seung-min

KUALA LUMPUR – Selangor FC menambah sengat skuad Gergasi Merah apabila membawa masuk pemain tengah import dari Korea Selatan, Jeon Seung-min bagi menghadapi baki kempen musim ini.

Menurut Seung-min, keputusan menyertai Selangor FC dibuat selepas beliau tertarik dengan kualiti barisan kejurulatihan dan pemain dalam skuad Gergasi Merah.

Selain itu, katanya, kehadiran jurulatih, Kim Pan-gon turut memainkan peranan penting dalam keputusan tersebut.

“Barisan staf dan pemain di Selangor FC membuatkan saya merasakan ini adalah kelab yang tepat untuk saya. Jurulatih, Kim Pan-gon juga memainkan peranan penting dalam keputusan saya.

“Beliau adalah seorang jurulatih yang hebat di Korea Selatan dan saya amat berterima kasih atas peluang yang diberikan untuk menyertai pasukan ini,” kata pemain berusia 26 itu menerusi laman rasmi Selangor FC.

Seung-min beraksi di posisi tengah dan memulakan kerjaya profesionalnya bersama Seongnam FC dengan merekodkan tiga penampilan liga sebelum menyertai Jeonnam Dragons, di mana beliau tampil dalam 43 perlawanan serta menjaringkan tiga gol.

Seung-min kemudian menyarung jersi Busan IPark dengan mencatatkan 13 penampilan sebelum menyertai FC Anyang, sekali gus membantu pasukan tersebut meraih kejuaraan Liga Korea 2 bagi musim 2023/2024.

Selangor FC sebelum ini telah merekrut beberapa pemain import baharu termasuk Hugo Boumous, Kim Ji-ho dan Vitor Pernambuco bagi memperkukuh pasukan itu bagi baki saingan musim ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button