PUTRAJAYA – Ucapan tulus penuh kasih sayang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini, menarik perhatian netizen.
Melalui hantaran di Facebook, Anwar mengucapkan kata ringkas tapi penuh makna sempena hari kelahiran cinta hatinya itu.
“Selamat ulang tahun buat Azizah, teman hidup dan sandaran hati saya. Semoga Allah SWT terus memelihara dan memberkati perjalanan hidup kita,” tulis beliau disertai emoji hati berwarna merah.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna memberikan reaksi positif terhadap hantaran tersebut.
“Happy Birthday Kak Wan yang dikasihi. Semoga panjang umur dan murah rezeki serta sihat dan ceria sentiasa,” komen Wan Zuraida Wan Abidin.
“Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran buat Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, wanita terhebat di mata saya. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah, bahagia di dunia dan di akhirat,” tulis Sutinah Yahaya pula.
“The real fighter!” luah Shukri Hamid.
Setakat ini, hantaran tersebut menerima 19,000 reaksi, 1,600 komen dan 304 perkongsian semula.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








