BERITA SEMASA

Anwar ucap tahniah kepada Anutin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada Anutin Charnvirakul kerana diberi mandat baharu sebagai Perdana Menteri untuk terus memimpin Thailand.

Anwar berkata, sebagai jiran dan rakan dalam ASEAN, kejayaan Malaysia dan Thailand saling berkait, umpama dua sungai yang lahir dari mata air yang sama.

“Saya menantikan detik untuk terus mempereratkan hubungan kerja yang erat dengan Perdana Menteri Anutin serta memperkukuh kerjasama Malaysia-Thailand terutama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, kerjasama sempadan dan kestabilan serantau,” katanya dalam satu hanataran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Parlimen Thailand memilih untuk mengekalkan Anutin sebagai Perdana Menteri selepas parti pimpinannya, Parti Bhumjaithai yang pro tentera dan pro monarki memenangi piliha raya, Februari lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button