BERITA SEMASAINISIATIF KERAJAAN

12 sekolah autistik swasta terima peruntukan RM10 juta – KPM

KUALA LUMPUR – Usaha Kementerian Pendidikan (KPM) memperkasa pendidikan inklusif terus diperkukuh apabila sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi membantu sekolah autistik swasta yang berdaftar dengan kementerian itu.

Menurut KPM, peruntukan tersebut mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI dalam aspek kebajikan dan pendidikan, khususnya bagi menambah baik kemudahan pembelajaran di sekolah autistik swasta.

“Komitmen tersebut dijangka diteruskan dan diperkasakan menerusi Belanjawan 2026 akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook semalam.

Terdahulu, KPM memaklumlan, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menegaskan komitmen kerajaan untuk terus memberi tumpuan kepada pendidikan anak-anak berkeperluan khas ketika majlis penyerahan cek cura kepada 12 sekolah autistik swasta dari seluruh negara baru-baru ini.

KPM menambah, pihaknya akan terus berusaha menyediakan akses pendidikan terbaik untuk anak-anak berkeperluan khas.

Jelasnya, usaha tersebut termasuk melalui saringan awal; pelaksanaan program pendidikan inklusif; pembangunan infrastruktur serta pelbagai sokongan lain bagi meringankan beban kewangan ibu bapa.

“KPM bertekad untuk melakukan yang terbaik demi masa depan anak-anak istimewa ini,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button