BERITA SEMASA

Sangka kubur bayi, rupanya bangkai kucing dibalut kain

JOHOR BAHRU – Satu kejiranan di Skudai gempar apabila timbul dakwaan terdapat bayi ditanam secara rahsia di sebuah kawasan perumahan, sebelum siasatan mendapati objek yang ditanam itu sebenarnya bangkai kucing yang dibalut dengan kain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim berkata, perkara itu dimaklumkan oleh seorang penduduk ketika beliau mengadakan lawatan kawasan bagi meninjau isu-isu setempat pada pagi tadi.

marina
Anggota polis menggali kawasan yang didakwa terdapat bayi ditanam.

“Terkejut kita lahai pagi ni. Buat lawatan kawasan tengok isu setempat. Tiba-tiba makcik ni hampiri kitorang dan maklumkan ada orang tanam bayi.

“Satu kejiranan bercakap tentang ni. Kita pun minta pandangan polis kawasan. Yelah, bukan tak pernah berlaku kisah orang tanam bayi secara diam-diam.

“Tapi akhirnya apabila di korek, rupanya kucing yang dibalut dengan kain. Makcik pun boleh tenanglah tidur malam nanti,” tulisnya menerusi perkongsian di Facebook.

Marina berkata, penemuan itu melegakan penduduk yang sebelum ini dibelenggu pelbagai andaian dan kebimbangan.

Beliau bagaimanapun menyifatkan insiden tersebut sebagai gambaran sikap prihatin masyarakat terhadap keadaan sekeliling dan keselamatan kawasan kejiranan.

Katanya, penduduk mempunyai sebab untuk berasa curiga kerana individu yang dikaitkan dengan kejadian itu dikatakan sering bergaduh dan menimbulkan isu.

“Jadi, kecurigaan dia pun ada asasnya. Alhamdulillah, bukan seperti yang disangka,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button