Samun di Lebuhraya Kesas, empat suspek ditahan
SUBANG – Polis menahan empat individu berikutan kes cubaan menyamun di laluan susur keluar dari sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), di Subang Jaya, semalam.
Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan berkata, empat suspek yang merupakan lelaki tempatan itu ditahan menerusi operasi yang dijalankan kira-kira pukul 5.30 petang semalam.
Beliau berkata, suspek yang ditahan oleh anggota polis dari Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat (D9) itu berusia antara 30 hingga 41 tahun.
“Empat suspek turut memiliki pelbagai rekod jenayah dan dadah berkenaan ditahan di sekitar Klang dan Shah Alam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hussein berkata, pihaknya turut merampas sebuah kereta Nissan Almera dan sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.
Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 dan 427 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian yang terakam oleh kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan, sekumpulan lelaki bersenjata bertindak menyerang mangsa sebelum mangsa sempat melarikan diri.
Mangsa yang bekerja sebagai juruteknik, membuat laporan mengenai kejadian itu pada pukul 1.37 pagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








