HIBURAN

RTM meriahkan sambutan Deepavali dengan 12 program khas pelbagai genre

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Deepavali tahun ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan rangkaian 12 program khas yang penuh warna-warni, menggambarkan semangat perayaan dan perpaduan masyarakat majmuk di negara ini.

Menerusi tiga saluran utamanya iaitu TV1, TV2 dan Okey, RTM membawakan pelbagai pilihan tontonan menarik daripada filem dan telemovie sarat emosi, persembahan muzikal gemilang, hinggalah dokumentari inspirasi, bagi menghidupkan suasana Deepavali bersama penonton di seluruh negara.

Menariknya, mereka yang tidak berkesempatan menonton di kaca televisyen turut boleh menikmati kesemua program ini secara dalam talian melalui platform RTMKlik yang boleh diakses bila-bila masa dan di mana sahaja.

Berikut adalah antara program-program menarik yang akan disiarkan sempena sambutan Deepavali tahun ini.

Filem: Padayappa
Tarikh: 19 Oktober
Masa: 9.00 malam
Saluran: TV2

Kisah Padayappa seorang jurutera muda yang pulang ke kampung selepas kematian bapanya.

Dia kehilangan harta pusaka akibat pengkhianatan saudara, lalu bangkit semula dengan usaha sendiri.

Filem ini juga menonjolkan konflik cintanya dengan Neelambari yang obses padanya serta nilai kekeluargaan, maruah dan keadilan.

Telemovie: Oviya Vanthachi
Tarikh: 20 Oktober 2025
Masa: 10.00 pagi
Saluran: TV2

Tharun seorang pereka fesyen yang berjaya berasal dari sebuah kampung dan ayahnya tidak berkenan dengan kerjaya Tharun kerana tidak memilih untuk menceburi bidang pertanian sepertinya.

Akhirnya Tharun dan ayahnya berpisah selama beberapa tahun. Oviya anak kakak Tharun menyatukan kembali keluarganya.

Telemovie: Neram
Tarikh: 20 Oktober 2025
Masa: 3.00 petang
Saluran: TV2

Kisah mengenai dua buah keluarga mempertahankan rumah pusaka mereka daripada dilelong untuk jualan.

Telemovie Neram mengisahkan tentang usaha sebuah keluarga mempertahankan rumah pusaka mereka.

Muzikal Khas: Titikum Deepavali Kondattam
Tarikh: 20 Oktober 2025
Masa: 9.00 malam
Saluran: TV2

RTM dan Astro berganding bahu untuk meraikan Deepavali dengan sebuah persembahan istimewa yang penuh gemilang–satu kerjasama bersejarah yang menjadi titik perubahan penting dalam landskap media Malaysia.

Ia disertai barisan artis tersohor termasuklah Darkkey, Santesh, Amos Paul, Balan Kash, Arulinee, Hemitra, Iris, Ganesan, Lisa, Thivya serta legenda seni tanah air Manivanan dan Puvaneswaran.

Telemovie: Marappadhilai Nenje Nenje
Tarikh: 21 Oktober 2025
Masa: 3.00 petang
Saluran: TV2

Sundar dan Jessica berkahwin walaupun kedua-dua mereka berlainan agama.

Namun pertengkaran berlaku antara mereka apabila ibu Sundar tidak menerima Jessica sebagai menantunya.

Sundar dan Jessica membuat keputusan untuk berpisah namun akhirnya mereka bersatu kembali.

Telemovie Marappadhilai Nenje Nenje menyentuh tentang konflik perkahwinan antara dua agama.

Telemovie: Appa, Chew Ming & …
Tarikh: 21 Oktober 2025
Masa: 9.00 malam
Saluran: TV2

Gopal yang merupakan duda tinggal berseorangan setelah anak perempuannya berkahwin.

Gopal berhasrat berkahwin semula dengan pilihan hatinya, Chew Meng namun ditentang hebat oleh anaknya, Santha.

Namun apabila kebenaran terbongkar membuatkan Santha bersetuju dengan keinginan ayahnya.

Telemovie: Kolattam
Tarikh: 22 Oktober 2025
Masa: 3.00 petang
Saluran: TV2

Sangkaran seorang warga emas mengajar tarian tradisional India (Kolattam) di kuil, namun dia mendapati golongan remaja semakin tidak meminati tarian tersebut.

Dengan bantuan cucunya, dia cuba untuk membangkitkan minat tarian ini di kalangan masyarakat melalui media sosial.

Telefilem: Kasih Nirmala
Tarikh: 18 Oktober 2025
Masa: 1.30 petang
Saluran: TV1

Kisah Nirmala yang memikul tanggungjawab membesarkan adik-adiknya selepas kematian ibu mereka.

Setelah dihalau oleh keluarga ayah dan ibu saudara, mereka tinggal bersama Wati, kawan mendiang ibu mereka. Bermulalah kisah kegigihan Nirmala mahu berjaya.

Telefilem: Untukmu Amma
Tarikh: 19 Oktober 2025
Masa: 10.00 malam
Saluran: TV1

Kisah Amma seorang ibu tunggal bekerja keras demi membesarkan anak-anaknya, Karna dan Arjun. Dia tidak meminta balasan sebaliknya dipenuhi impian kecilnya. Namun apakah maksudnya itu?

Dokumentari: Wanita Ikon: Juruterbang Wanita India Pertama Malaysia
Tarikh: 20 Oktober 2025
Masa: 11.00 malam
Saluran: TV1

Menampilkan Kapten Lohappriya Manisagaran, juruterbang wanita India pertama negara.

Kegraduan keuruteraaan dan mekanikal dan bekas peserta kadet Udara di UPNM.

Selepas menamatkan latihan ketenteraan, beliau kini berkhidmat di Subang.

Dokumentari: Citra Deepavali
Setiap Khamis – Sabtu
Masa: 12.30 tengah hari
Saluran: Okey

Bersiaran mulai 2 Oktober 2025, dokumentari bersiri ini mengupas makna di sebalik perayaan Deepavali.

Drama: Jangan Tidur
Tarikh: 20 Oktober 2025
Masa: 10.00 malam
Saluran: Okey

Mengisahkan Azmir, Danish, Syukri dan Vijay merupakan rakan baik sejak universiti meraikan parti untuk Syukri di sebuah inap desa terpencil.

Lalu berlaku berbagai situasi yang sukar diduga mereka.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button