BERITA SEMASA

Rombakan kabinet esok?

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan mengumumkan rombakan kabinet Kerajaan Perpaduan petang esok.

Difahamkan, Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri Persekutuan yang terbabit dengan rombakan itu akan berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada petang esok.

Difahamkan, rombakan dijangka menyaksikan kemunculan beberapa muka baharu dan lama bakal mengisi kedudukan dalam Kabinet dan senarai Timbalan Menteri.

Menurut sumber, beberapa Menteri akan ditukar portfolio dan Jabatan Wilayah Persekutuan akan kembali dinaik taraf menjadi Kementerian.

Bagaimanapun, difahamkan rombakan ini tidak akan melibatkan lebih dari enam orang, dengan tumpuan kepada beberapa kementerian termasuk jawatan Menteri Kewangan Kedua.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button