Rombakan Kabinet: AMANAH serahkan kepada PM
SHAH ALAM – Parti AMANAH Negara (AMANAH) menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menentukan barisan Kabinet sekiranya berlaku rombakan dalam masa terdekat.
Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pelantikan atau pertukaran portfolio menteri adalah hak mutlak perdana menteri dan parti akan akur dengan sebarang keputusan yang dibuat.
“Pembentukan Kabinet adalah prerogatif perdana menteri. Beliau boleh melantik ahli politik, profesional, sama ada dari dalam atau luar parti. Itu semua bergantung kepada budi bicara beliau,” katanya pada sidang akhbar sempena Konvensyen Nasional Amanah 2025 di Dewan Raja Muda Musa, di sini hari ini.
Mengulas kemungkinan AMANAH mendapat tambahan jawatan menteri dalam rombakan Kabinet, Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menjelaskan, perkara itu belum pernah dibincangkan bersama perdana menteri.
“Setakat ini tiada perbincangan mengenai kedudukan dalam Kabinet. Apa pun keputusan nanti, AMANAH akan terima kerana tumpuan kini adalah untuk menghadapi pilihan raya yang semakin hampir,” katanya.
Ditanya sama ada beliau bersedia sekiranya berlaku pertukaran portfolio, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu menegaskan beliau bersedia dengan apa sahaja keputusan.
“Saya ikut sahaja. Kita perlu jaga parti dan perkuatkan pasukan untuk menghadapi pilihan raya,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








