Ribut Tropika Senyar sudah ‘mati’ – KP MetMalaysia
KUALA LUMPUR — Ribut Tropika Senyar yang sebelum ini melalui kawasan di pantai antara Selangor dan Negeri Sembilan disahkan tidak lagi berada di Malaysia, menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr. Mohd Hisham Mohd Anip.
“Boleh kata dah mati. Kesannya yang tinggal cuma hujan sahaja,” katanya kepada BH Online.
Dalam perkembangan terbaharu, MetMalaysia mengesan kewujudan satu lekukan tropika baharu pada pukul 11 pagi tadi pada koordinat latitud 4.0 utara dan longitud 104.0 timur.
Sistem itu bergerak perlahan ke arah timur dengan kelajuan sekitar lima kilometer sejam dan mampu menghasilkan angin maksimum sehingga 56 km/j.
Menurut Mohd Hisham, lekukan tropika berkenaan berada kira-kira 81 kilometer ke Timur Laut Kuantan, Pahang, dan berpotensi membawa hujan lebat berterusan, angin kencang serta keadaan laut bergelora di Laut China Selatan.
Sebelum ini, Senyar direkodkan memasuki ruang udara negara mulai pukul 3 petang semalam dan dikatakan membawa impak hujan lebat berlarutan bermula tengah malam tadi. Ribut itu mencatat kelajuan angin sehingga 65 km/j sebelum kehilangan kekuatan.
Antara negeri yang dijangka menerima tempias awal ribut berkenaan ialah Perak, Selangor dan beberapa kawasan di Pahang.
Mohd Hisham turut memaklumkan bahawa ribut tropika tersebut mula merentasi wilayah Indonesia sekitar pukul 3.30 petang sebelum bergerak ke Semenanjung dan seterusnya menuju ke Laut China Selatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







