JENAYAH & MAHKAMAH

Remaja cuba tikam, samun pemandu e-hailing mengaku tak bersalah

SUNGAI PETANI – Seorang remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan cuba melakukan rompakan, pada 27 November lalu.

Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalahan atas tuduhan itu.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang berusia 13 tahun didakwa melakukan kesalahan itu sekitar jam 6 petang di kawasan tepi Jalan Taman Keladi, Sungai Petani terhadap seorang warga emas, Lee Ang Hie.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Majistret Khairatul Animah Jelani menetapkan 17 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes, bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.

Related Articles

Mahkamah turut menetapkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirul Halimi Md Salleh manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Duratul Ain Mahmud Morshidi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button