JENAYAH & MAHKAMAH

Remaja bebas tuduhan bunuh pelajar perempuan di sekolah

SHAH ALAM – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun hari ini dibebaskan daripada pertuduhan membunuh pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama tahun lalu, selepas Mahkamah Tinggi mendapati dia mengalami ketidakwarasan mental ketika kejadian.

Hakim Adlin Abdul Majid memerintahkan remaja itu ditahan dan dirawat di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, selama mana diperkenankan oleh Sultan Selangor.

Peguam bela remaja berkenaan, Kitson Foong memberitahu pemberita selepas prosiding secara tertutup berkenaan bahawa mahkamah mendapati syarat di bawah Seksyen 84 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan pembelaan atas alasan tidak siuman, berjaya dibuktikan oleh pihak pembelaan dan pihak pendakwaan gagal menafikannya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button