BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Rasuah lesen kenderaan perdagangan: Lapan termasuk pengarah agensi kerajaan ditahan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan individu termasuk seorang pengarah sebuah agensi kerajaan berhubung kes rasuah berkaitan pemeriksaan dan kelulusan Lesen Kenderaan Perdagangan (LKP).

Menurut sumber, tiga pengarah syarikat turut ditahan dalam Op Loader yang dijalankan sekitar Melaka dan Lembah Klang antara pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari tadi, disertai oleh Bahagian Perisikian SPRM.

“Kesemua suspek yang ditahan ini disyaki terbabit dalam kegiatan mendapatkan surat tawaran kelulusan Lesen Kenderaan Perdagangan (LKP) daripada sebuah agensi tanpa memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan.

“Syarikat-syarikat ini dipercayai bersekongkol dengan pegawai-pegawai daripada agensi berkenaan dengan menyediakan maklumat palsu bagi mendapatkan surat tawaran kelulusan permohonan baharu LKP Kelas Lesen Pembawa dengan bayaran sebanyak RM3,500 setiap permohonan,” katanya.

Menurut sumber, suspek berusia 30 hingga 50-an disyaki bersekongkol memalsukan dokumen seperti penyata bank dan menguruskan permohonan Surat Tawaran Kelulusan (STK), Surat Kelulusan Lanjut Usia (SKLU) dengan bayaran RM3,500 setiap permohonan.

“Bayaran rasuah pula dianggarkan antara RM3,000 hingga RM20,000 bergantung jenis dan usia kenderaan serta keupayaan syarikat-syarikat yang ingin memperolehi Lesen Kenderaan Perdagangan ini,” katanya.

Syarikat-syarikat terbabit dipercayai menguruskan kelulusan tanpa memenuhi syarat Kementerian Pengangkutan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM 2009.

Katanya, semua suspek dijangka direman di Mahkamah Majistret Putrajaya, esok.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button