BERITA SEMASA
Raja Permaisuri Agong berangkat ke Turkiye untuk lawatan khas
JOHOR BAHRU – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Turkiye hari ini bagi mengadakan lawatan khas.
Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim, lawatan itu termasuk menghadiri Majlis Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Istanbul Shipyard.

“Keberangkatan Seri Paduka Baginda turut diiringi tiga paduka anakanda iaitu Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar,” kata kenyataan tersebut.
Pesawat peribadi Raja Zarith Sofiah dilaporkan berlepas dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada pukul 9 pagi tadi.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






