POLITIK
Rafizi, Nik Nazmi ambil alih BERSAMA
BANDAR UTAMA – Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini mengumumkan halatuju politik baharu mereka dengan mengambil alih kepimpinan Parti Bersama Malaysia (BERSAMA).
Pengambil alihan itu diumumkan dalam Majlis Pengumuman Hala Tuju Politik Baru Bersama Ahli Parlimen Setiawangsa dan Pandan itu di PJ Performing Arts Centre (PJPAC), di sini hari ini.
Hadir sama, pengasas Parti MU, Tan Theam Gan yang turut sama menyerahkan replika surat pendaftaran parti berkenaan kepada Rafizi dan Nik Nazmi sebagai simbolik pengambil alihan parti berkenaan.
Sebagai rekod, Parti MU ditubuhkan oleh Theam Gan pada 2 Disember, 2016 dan beribu pejabat di Georgetown, Pulau Pinang.
BERITA LANJUT MENYUSUL
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





















