BERITA SEMASA

Kerajaan negeri dibenar lakukan eksplorasi awal REE

PUTRAJAYA – Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Industri Mineral (JKPPIM) yang pertama diadakan semalam membenarkan kerajaan negeri melakukan eksplorasi awal unsur nadir bumi (REE) berdasarkan prosedur operasi standard mineral sedia ada.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, ia diputuskan selepas melihat keperluan dalam melaksanakan rangka kerja kebangsaan bagi pembangunan industri mineral contohnya untuk pengekstrakan REE.

“Kertas pertimbangan yang telah dibentangkan ialah Kerangka Dasar Mineral Negara 3, manakala kertas makluman pula ialah Potensi Sumber Mineral Strategik dan Sumbangannya Sebagai Kekayaan Baharu.

“Ini termasuk Laporan Pengauditan Pelaksanaan Projek Perintis Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak dan perkara-perkara utama daripada keputusan Mesyuarat Majlis Mineral Negara Kedua dan Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-80,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Nazmi berkata, kebenaran itu juga sebagai menyahut ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal RMK-12 baru-baru ini.

Selain itu katanya, kerajaan akan merangka Dasar Mineral NEgara yang baharu (DMN3) untuk membangunkan industri mineral secara menyeluruh seperti diputuskan dalam MTN pada 12 September lalu.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button