BERITA SEMASA

Kerajaan bangunkan Dasar Mineral Negara

Perlombongan mineral berpotensi besar jana ekonomi negara

PUTRAJAYA – Kerajaan akan membangunkan Dasar Mineral Negara dan dijangka akan diselesaikan dalam masa tiga bulan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, dasar ini dibangunkan dengan tujuan menguruskan mineral negara secara bertanggungjawab, mengimbangi antara keperluan sektor ekonomi dan pendapatan negara.

Kata Fadillah lagi, dasar yang sedang dirangka itu bersesuaian dengan prosedur operasi standard (SOP) perlombongan nadir bumi yang diperkenalkan ketika ini.

“Potensi mineral untuk menyumbang kepada pendapatan negara agak besar, dengan nilai rizab mineral yang kita ada ketika ini lebih kurang RM4 trilion.

“Oleh itu, usaha yang diambil dalam membangunkan sumber mineral perlu dibuat dengan teratur, tersusun supaya keperluan ekonomi itu tidak menjejaskan kesejahteraan sosial rakyat termasuk alam sekitar,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara Kedua (MMN2) di sini hari ini.

Fadillah berkata antara perkara lain yang diberi penekanan semasa mesyuarat tersebut adalah isu berkaitan pembangunan industri mineral secara menyeluruh melalui pewujudan keseluruhan rantaian nilai mineral yang bermula dari peringkat huluan, pertengahan dan hiliran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button