AGAMABERITA SEMASA

Rae Lil Black istiqamah padam video lama

KUALA LUMPUR – Bekas bintang porno Jepun, Rae Lil Black atau nama Islamnya, Nuray Istiqbal mendedahkan beliau telah memadam semua video seksual yang berada dalam kawalannya sebagai sebahagian daripada penghijrahannya ke arah kehidupan Muslim yang lebih bermakna.

Dalam sebuah podcast terbaharu, Nuray menjawab soalan pengacara yang bertanya sama ada beliau pernah berusaha memadam semua video lamanya.

Nuray mengakui sudah memadamkan semua video seksual di platform yang berada di bawah kawalannya.

“Video yang saya boleh delete, saya sudah delete semuanya. Maksudnya di media sosial, saya tak boleh lagi post hal-hal seksual. Jadi tempat-tempat yang biasa saya post video seksual, saya sudah padam semua,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau mengakui masih terdapat kandungan lama yang tidak dapat dihapuskan kerana ia tidak berada di bawah hak miliknya.

Perubahan drastik itu menyebabkan Nuray kehilangan kira-kira 1 juta followers di media sosial.

Namun, beliau tidak menganggapnya sebagai kerugian, malah melihatnya sebagai sebahagian daripada proses penyucian diri.

Akaun terbaru Nuray berjaya menarik perhatian terutama selepas kunjungannya ke Indonesia di mana ramai umat Islam menyambut kehadirannya dengan penuh kasih dan doa.

“Masya-Allah, Allah ganti dengan followers yang Insya-Allah lebih baik,” kata seorang wanita lain dalam podcast tersebut.

Kisah penghijrahan Nuray turut mendapat reaksi positif netizen.

“Inilah bukti jika hidayah sudah datang, orang yang paling ‘rosak’ sekalipun berubah menjadi bidadari. Masya-Allah. Semoga istiqamah selalu saudariku,” komen @KandangMaotfarm.

Dilahirkan pada 17 Ogos 1996 sebagai Kae Asakura di Jepun, beliau dikenali dalam industri hiburan porno antarabangsa sebelum memilih untuk berhenti dan mengubah haluan hidup.

Kini Nuray aktif di platform seperti YouTube, TikTok dan Instagram dengan kandungan permainan video dan vlog peribadi.

Perjalanan transformasinya bermula selepas kunjungan ke Malaysia pada tahun 2024 yang akhirnya membawa kepada pengislamannya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button