BERITA SEMASA

PROTON mohon maaf salah label Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR – Pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON) memohon maaf susulan kesilapan dalam melabelkan negeri Sabah dan Sarawak.

Menurutnya dalam satu kenyataan, pihaknya amat menyesali kesilapan yang mungkin telah menimbulkan perasaan sensitif di kalangan rakyat Malaysia.

“PROTON menjunjung tinggi perpaduan dan kepelbagaian Malaysia, dan kami komited untuk menghormati dan meraikan semua negeri secara sama rata.

“Kami memohon maaf atas sebarang salah faham yang berlaku dan menghargai sebarang maklum balas daripada orang ramai.

“Kami akan lebih berhati-hati dalam usaha masa depan kami. Terima kasih atas pemahaman dan sokongan anda yang berterusan,” katanya.

Terdahulu tular kesilapan label dalam peta Malaysia yang ditunjukkan oleh PROTON ketika pelancaran kereta elektrik pertamanya dengan melabel Sabah di Sarawak dan sebaliknya.

Kesilapan itu telah menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan rakyat Malaysia dengan kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button