Proses pengambilan tanah Kampung Sungai Baharu dibuat secara tergesa-gesa pada 2021
KUALA LUMPUR – Poses pengambilan tanah Kampung Sungai Baharu mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) pada 2021, dibuat secara tergesa-gesa.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, keputusan itu dibuat selepas permohonan mengambil alih tanah berkenaan termasuk kediaman flat dan lot teres dikemukakan pemaju kepada Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).
Beliau bagaimanapun berkata, kewajaran kelulusan secara tergesa-gesa yang menyebabkan semua tanah itu menjadi hak milik pemaju bagaimanapun perlu diajukan kepada Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Tan Sri Annuar Musa.
“Pemaju menghantar permohonan kepada KWP untuk mengambil tanah, termasuk unit flat dan lot teres, seterusnya dipertimbangkan Mesyuarat Pasca Kabinet KWP, dipengerusikan Annuar pada 9 September 2020.
“Syor mesyuarat dibawa ke Jawatankuasa Kerja Tanah Kuala Lumpur Ke-749/2021 pada 12 April 2021, dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, dan diluluskan.
“Pewartaan bagi Seksyen 4 dan Seksyen 8 Akta 486 dilaksanakan pada 18 dan 21 Jun 2021, dalam tempoh tiga hari sahaja, iaitu Jumaat, Sabtu, dan Ahad,” kata Ahli Parlimen Sekijang itu pada sesi penerangan Hala Tuju Pembangunan Kampong Bharu di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Dr Zaliha berkata, penggunaan akta berkenaan ke atas penduduk yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula, dibuat susulan tiada dasar di peringkat Wilayah Persekutuan mengenai nilai ambang persetujuan bagi pengambilan tanah, pada 2020.
Dalam pada itu, Dr Zaliha menasihatkan mana-mana penduduk yang tidak berpuas hati dengan nilai pampasan supaya menggunakan saluran undang-undang sedia ada.
“Kita menghormati apa-apa keputusan mahkamah. Jika mahkamah memutuskan pemaju perlu menaikkan nilai pampasan, pemaju perlu laksanakannya. Namun jika mahkamah memutuskan nilai pampasan itu kekal, maka pemilik juga perlu akur dan menghormati keputusan berkenaan.
“Namun, perbicaraan kes ini tidak menghalang pembangunan Kampung Sungai Baru untuk diteruskan,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


















One Comment