Program CyberSAFE perluas pendidikan keselamatan siber ke sekolah – Dr Zaliha
KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menyifatkan program CyberSAFE in Schools sebagai satu pendekatan progresif dalam mendidik pelajar mengenai keselamatan siber dan perlu diperluaskan ke seluruh negara.
Menurut Dr Zaliha, program anjuran Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia itu amat bertepatan dengan keperluan semasa khususnya dalam usaha melindungi generasi muda daripada ancaman dunia digital.
“Dalam dunia hari ini, sempadan antara alam nyata dan alam siber semakin kabur. Apa yang berlaku di ruang digital boleh memberi kesan langsung kepada emosi, keselamatan dan nilai diri seseorang terutama dalam kalangan anak-anak yang sedang membesar,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Katanya, ancaman siber bukan sahaja menjejaskan tumpuan dan kesejahteraan mental, malah turut membuka ruang kepada risiko seperti buli siber, eksploitasi seksual dan pencerobohan privasi.
Menurut beliau, kerajaan MADANI komited melaksanakan pelbagai langkah melalui dasar, penguatkuasaan dan kempen pendidikan, namun usaha membentuk jati diri digital dalam kalangan anak-anak harus turut digerakkan dari peringkat akar umbi.
“Pendekatan seperti CyberSAFE in Schools yang membawa pendidikan keselamatan siber ke dalam ekosistem sekolah adalah langkah penting dan perlu diperkasakan,” katanya.
Program itu bakal melibatkan murid-murid India dari 500 buah sekolah di sembilan negeri merangkumi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di seluruh negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |









One Comment