BERITA SEMASAPOLITIK

PRN Johor: Onn Hafiz tunai tanggungjawab mengundi di SK Simpang Renggam

KLUANG – Datuk Onn Hafiz Ghazi antara pemimpin terawal hadir menunaikan tanggungjawab mengundi apabila tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Renggam sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, pagi ini.

Berpakaian baju Melayu putih lengkap bersongkok, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap itu tiba di pusat mengundi berkenaan pada pukul 8.06 pagi.

Beliau turut meluangkan masa beramah mesra dan menyapa pengundi yang hadir sebelum memasuki saluran mengundi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, memetik laporan Buletin TV3.

Dalam pertandingan bagi kerusi DUN Machap kali ini, Onn Hafiz yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor berdepan saingan daripada calon Pakatan Harapan (PH), Nor Hafiz Roslan.

Pada Pilihan Raya Negeri Johor 2022, Onn Hafiz berjaya mempertahankan kerusi Machap dengan majoriti 6,543 undi selepas meraih 11,029 undi, sekali gus menewaskan Azlisham Azahar mewakili Perikatan Nasional (PN), R Sangaran (MUDA) dan Sharuddin Md Salleh (PEJUANG).

Hari ini, lebih 2.7 juta rakyat Johor akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi untuk memilih kerajaan negeri baharu sempena PRN Johor Ke-16 kali ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button