BERITA SEMASA
PRK DUN Mahkota ditetapkan pada 28 September
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 September depan sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Menurut Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, tarikh bagi hari penamaan calon pula ditetapkan pada 14 September.
“Hari pengundian awal pula ditetapkan pada 24 September,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Menara SPR di sini, bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRK DUN Mahkota.
Kerusi DUN Mahkota kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Syarifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lepas.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








