BERITA SEMASAPOLITIK

PRK DUN Ayer Kuning jadi medan pertembungan tiga penjuru

TAPAH – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April ini bakal menjadi medan pertembungan tiga penjuru membabitkan calon daripada tiga parti berbeza.

Mewakili Kerajaan Perpaduan, calon Barisan Nasional (BN) merangkap Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, Dr Mohamad Yusri Baki bakal berdepan saingan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tapah, Abd Muhaimin Malek dan Timbalan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS.

Bagi PRK kali ini, tiada calon Bebas bertanding untuk merebut kerusi disandang Allahyarham Ishsam Shahruddin, 58, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu.

Senarai calon bertanding itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori pada pukul 10.23 pagi selepas proses penamaan di Dewan Merdeka, di sini, ditutup pada pukul 10 pagi tadi.

Sebagai rekod, kerusi DUN Ayer Kuning mempunyai seramai 31,897 pengundi berdaftar, terdiri daripada 31,315 pengundi biasa dan 582 anggota polis serta pasangan mereka.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Ishsam yang mewakili Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,213 undi dalam pertandingan lima penjuru.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari, bermula selepas pengisytiharan calon hingga jam 11.59 malam 25 April ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button