JENAYAH & MAHKAMAH

[VIDEO] Polis tumpaskan kegiatan proses dadah dalam gudang

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan kegiatan haram memproses dadah susulan serbuan di sebuah gudang di kawasan Taman Perindustrian Subang, Subang Jaya, 2 Mac lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Subang Jaya itu dilaksanakan hasil maklumat risikan serta aduan awam.

@malaysiatribune

Polis berjaya menumpaskan kegiatan haram memproses dadah susulan serbuan di sebuah gudang di kawasan Taman Perindustrian Subang, Subang Jaya, 2 Mac lalu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Subang Jaya itu dilaksanakan hasil maklumat risikan serta aduan awam. #malaysiatribune #videoreelsシ #polis #dadah #trendingnewsmalaysia

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Tambahnya, pemeriksaan di gudang tersebut menemukan pelbagai bahan kimia serta peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah.

“Antara yang dirampas ialah 214 tong mengandungi cecair disyaki bahan kimia, tiga tong mengandungi serbuk disyaki bahan kimia, serta lima botol berisi serbuk disyaki bahan kimia.

“Turut dirampas, serbuk disyaki bahan kimia seberat 0.94 kilogram, selain lima unit mesin dan tiga balang kaca yang dipercayai digunakan dalam proses penghasilan dadah,” katanya dalam satu sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak Oktober 2024.

“Sindiket ini juga dikesan menggunakan identiti palsu bagi menyewa gudang tersebut dengan kadar sewaan RM6,500 sebulan,” katanya lagi.

Modus operandi sindiket berkenaan adalah menjadikan gudang di kawasan perindustrian sebagai makmal haram memproses dadah sebelum bahan itu diedarkan ke pasaran di sekitar Lembah Klang.

Hussein kemudiannya menambah, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 12 kali jika sabit kesalahan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button