Polis selamatkan 3 warga Indonesia dikurung hampir setahun
GEORGETOWN – Polis berjaya menyelamatkan tiga lelaki warga Indonesia yang dikurung hampir setahun di sebuah kondominium di Jalan Dr Wu Lien Teh, di sini semalam.
Difahamkan, serbuan ke atas unit berkenaan dibuat susulan laporan polis seorang lelaki yang datang dari Aceh, Indonesia bagi mencari saudaranya yang hilang tanpa jejak sejak setahun lalu.
Turut difahamkan, seorang daripada mangsa difahamkan sempat menghantar lokasi keberadaannya sebelum pengadu datang membuat laporan polis.
Ketika ditemui, ketiga-tiga mangsa itu dikurung di rumah berkenaan dalam keadaan kaki mereka diikat menggunakan rantai besi pada jeriji tingkap.
Susulan serbuan, empat individu termasuk wanita warga asing direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 14 Jun.
Perintah reman terhadap suspek berusia 40 hingga 55 tahun itu dikeluarkan Majistret Azlan Basri bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 344 Kanun Keseksaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






