JENAYAH & MAHKAMAH

Polis buru lelaki cabul, pukul wanita

WANGSA MAJU – Polis sedang memburu seorang lelaki disyaki menyamar sebagai anggota polis yang mencabul serta memukul seorang wanita yang tidur di dalam keretanya di hadapan sebuah pasar raya di Medan Idaman, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 12.42 tengah hari.

Jelas beliau, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 5.15 pagi ketika mangsa berusia 22 tahun sedang berehat di dalam kenderaannya.

“Suspek berkenaan membuka pintu kereta mangsa dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis sebelum bertindak menutup mulut mangsa serta memegang bahagian sulitnya.

“Mangsa yang ketakutan telah menjerit menyebabkan suspek bertindak menumbuk mata kiri mangsa sehingga menyebabkan kecederaan dan bengkak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau kemudian memberitahu, suspek kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan melakukan perbuatan cabul.

“Pihak polis sedang giat mengesan suspek dan kes masih dalam siasatan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button