JENAYAH & MAHKAMAH

Pukul, cabul kanak-kanak, penganggur disambung reman tiga hari

RAWANG – Tempoh reman penganggur yang ditahan berhubung kes pukul dan cabul kanak-kanak perempuan di Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 29 Januari lalu disambung selama tiga hari lagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin, perintah lanjutan penahanan reman itu diterima pagi tadi.

“Reman disambung pagi tadi dan dibenarkan selama tiga hari sehingga Khamis ini,” katanya, hari ini.

Sebelum ini, suspek yang berusia 23 tahun direman empat hari bermula 30 Januari lalu untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Kelmarin, media melaporkan tiga beradik berdepan detik cemas selepas seorang daripada mereka nyaris maut apabila dipukul dan dicabul oleh seorang lelaki ketika berjalan ke pasar malam.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia sembilan tahun didakwa ditarik, diserang sebelum dicekik di leher hingga cedera.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button