POLITIK

PN sebenarnya tak yakin tawan Selangor, kata Amirudin

GOMBAK – Pengerusi PH Selangor, Amirudin Shari percaya Perikatan Nasional (PN) tidak yakin untuk menawan Selangor pada Pilihan Raya Negeri kerana tidak mempunyai sokongan menyeluruh di negeri itu.

Amirudin berkata, PN pada masa kini hanya bergantung pada sokongan di kawasan utara Selangor yang merupakan kubu kuat BN.

“Itu juga menunjukkan ketidak yakinan PN untuk menawan seluruh (negeri) sebab mereka hanya tumpu di utara Selangor.

“Kalau macam itu, mereka hanya menunggu di sana untuk menjadi pembangkang yang kuat,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak memandang rendah kemampuan mana-mana pihak dan akan bekerja keras sehingga PRN.

Beliau berkata, meskipun dilihat PN mempunyai kelebihan di utara Selangor, namun ia bukanlah kawasan tradisi mana-mana parti justeru persaingan adalah terbuka.

Pada PRU15, PN memenangi Parlimen Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjung Karang.

Dalam pada itu, Amirudin turut menyatakan hasrat mempertahankm kerusi DUN Sungai Tua jika diberi peluang oleh kepimpinan tertinggi.

“Pandangan itu (mahu mempertahankan kerusi DUN Sungai Tua) belum lagi disampaikan kepada pihak kepimpinan parti. Insya-Allah hal itu akan dibincangkan dengan lebih teliti,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button