BERITA SEMASAPMX

PM ucap takziah, arah KPT selaras bantuan buat keluarga mangsa

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan menzahirkan rasa dukacita berhubung kemalangan melibatkan bas sewa khas membawa pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

“Saya dan Azizah amat berdukacita menerima perkhabaran nahas tragis awal pagi tadi berhampiran Gerik yang melibatkan sebuah bas dan beberapa kenderaan lain, mengorbankan 15 pelajar.

Tangkap layar menunjukkan ucapan takziah Perdana Menteri berhubung kemalangan melibatkan warga UPSI awal pagi tadi.

“Takziah kepada semua keluarga mangsa. Kami mendoakan agar kalian diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Tambah Anwar, beliau telah mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menyelaras bantuan sewajarnya buat keluarga mangsa.

Malah, beliau turut mengingatkan semua agar berhati-hati dan tidak terburu-buru dalam perjalanan.

“Musibah menyayat hati sebegini yang sering kali berulang seharusnya menjadi pengajaran buat semua agar sentiasa berhati-hati dan usah terburu-buru mengejar destinasi.

“Nyawa kalian terlalu berharga dan tiada galang ganti,” tulisnya.

Setakat ini, 15 pelajar UPSI dilaporkan terkorban dalam tragedi yang berlaku di Lebuhraya Timur-Barat, berhampiran Tasik Banding, Gerik pada pukul 1pagi tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button