
PM tiba di Uzbekistan
TASHKENT – Selepas Kyrgyzstan dan Kazakhstan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meneruskan lawatan kerja rasmi selama tiga hari ke Uzbekistan.
Anwar yang berlepas dari Kazakhstan bersama delegasi negara tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent pada pukul 2.15 petang tadi.
Turut mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.
Anwar disambut oleh Perdana Menteri Uzbekistan, Abdulla Nigmatovich Aripov; Menteri Luar, Bakhtiyor Saidov; Datuk Bandar Tashkent, Shavkat Umrzakov; Duta Besar Uzbekistan ke Malaysia, Karomidin Gadoev dan juga Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan, Ilham Tuah Illias.
Kunjungan Perdana Menteri itu juga bagi memenuhi undangan Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev, selain mengeratkan hubungan strategik kedua-dua buah negara.
Tahun lalu, Uzbekistan merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia di rantau Asia Tengah dengan nilai dagangan bernilai RM451.9 juta.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








