BERITA SEMASA

PM menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR – Kereta dipercayai membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tiba di Istana Negeri Sembilan di Changkat Persekutuan, di sini kira-pukul 6 petang tadi.

Perdana Menteri dijangka menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir susulan perkembangan berhubung kedudukan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (MMKN).

Turut dijangka menghadap, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim.

Terdahulu, para pengamal media mula berkumpul di hadapan istana berkenaan sejak kira-kira pukul 3 petang tadi bagi mengikuti perkembangan berhubung isu berkenaan.

Terdahulu, Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali dalam satu kenyataan malam tadi berkata, Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan Ahli-Ahli MMKN berkuat kuasa serta-merta selepas mendapati kesemua EXCO terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button