BERITA SEMASA

PM lawat Exco Perak Mohd Zolkafly selepas jalani pembedahan

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam meluangkan masa melawat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun yang baru selesai menjalani pembedahan.

Menurut Anwar, kunjungan itu dilakukan di kediaman Mohd Zolkafly selepas beliau menyempurnakan majlis pecah tanah projek pembangunan Ipoh Sentral sempena lawatan kerja ke negeri Perak.

“Sambil bertanya khabar mengenai keadaan kesihatan beliau, kami turut bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa yang melibatkan rakyat dan pembangunan negeri,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau turut mendoakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang itu diberikan kesembuhan segera.

Terdahulu, Anwar berkata, dalam rangka lawatan kerja itu beliau juga merasmikan Karnival Tenusu MADANI di Kompleks Tenusu Farm Fresh Perak di Larut serta meninjau projek pembinaan jalan baharu dari Kamunting ke Anak Kurau, Larut Matang Selama (LMS) Fasa Dua di bawah Program Jalan Luar Bandar (JALB) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button