PM baharu Thailand ikrar tunai janji adakan PRU
BANGKOK – Perdana Menteri baharu Thailand, Anutin Charnvirakul, berikrar menunaikan janjinya untuk untuk mengadakan pilihan raya umum (PRU).
Seorang tokoh konservatif dan jutawan, pelantikan Anutin disahkan Parlimen semalam, sekali gus menamatkan kekosongan kuasa selama seminggu selepas penyingkiran pendahulunya, Paetongtarn Shinawatra.
“Saya akan menepati semua perjanjian, kita mesti kembalikan semangat ‘Negara Senyuman’ sepanjang tempoh singkat saya memegang jawatan ini,” katanya lagi, sambil menegaskan beliau tidak menggemari konflik.
Ahli perniagaan dalam sektor pembinaan itu berjaya membentuk gabungan bersama blok pembangkang bagi menyingkirkan Pheu Thai, parti pilihan raya menjadi kenderaan politik keluarga Shinawatra yang pernah mendominasi politik Thailand di bawah naungan Thaksin.
Pelantikan beliau didokong penuh Parti Rakyat yang memegang majoriti kerusi, dengan syarat parlimen dibubarkan dalam tempoh empat bulan bagi memberi laluan kepada pilihan raya baharu.
Parti Bhumjaithai pimpinan Anutin yang berhaluan kanan pernah membentuk gabungan dengan Pheu Thai pada 2023, namun menarik diri pada Jun lalu susulan dakwaan salah laku Paetongtarn dalam panggilan telefon yang bocor bersama bekas pemimpin Kemboja, Hun Sen.
Anutin sebelum ini pernah berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri, menteri dalam negeri dan menteri kesihatan, tetapi lebih dikenali kerana menunaikan janji menghalalkan kanabis pada 2022.
Pelantikan beliau sebagai perdana menteri masih memerlukan perkenan rasmi Raja Thailand.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








