PM Anwar ucap Selamat Tahun Baharu Tamil, Hari Vaisakhi dan Vishu
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Tahun Baharu Tamil, Hari Vaisakhi dan Vishu kepada semua masyarakat Tamil, Sikh dan komuniti Malayalee yang meraikannya.
Anwar berkata, rakyat di negara ini meraikan kepelbagaian tersebut dengan rasa bangga, kerana itulah perkara yang menjadikan Malaysia unik dan kuat menerusi semangat perpaduan.
“Semoga tahun baharu ini membawa lebih banyak kegembiraan, kesihatan yang baik dan keberkatan buat anda semua,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau hari ini.
Dalam kenyataan sama, Anwar berkata, kerajaan pimpinannya akan terus memperhebatkan inisiatif bagi memberdayakan komuniti India di negara ini.
Beliau berkata, usaha itu dilakukan melalui pelbagai program termasuk pembiayaan perniagaan komuniti India selain menambah baik semua aspek penting termasuk pendidikan, penyediaan rumah ibadat dan peluang pekerjaan.
“Ini penting dalam merealisasikan hasrat memartabat masyarakat India di negara ini sekaligus meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India pada masa hadapan,” ujarnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














