BERITA SEMASAPMX

PM Anwar arah isu tanah runtuh, jalan rosak Kampung Tiram ditangani segera

KUALA LUMPUR – Unit Pelaksanaan Projek Persekutuan, agensi persekutuan dan negeri digesa supaya mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah tanah runtuh dan jalan rosak di Kampung Tiram, Kuantan, Pahang.

Gesaan itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mahu insiden serupa tidak berulang kerana ia bukan sahaja menjejaskan kelancaran trafik, malah turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

“Saya berharap agar tindakan proaktif dan berkesan dapat diambil dengan kadar segera,” katanya dalam satu hantaran di Facebook oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkenaan insiden tersebut.

Dalam hantaran tersebut, Ahmad Farhan berkata, beliau telah turun sendiri ke lokasi tanah runtuh dan kerosakan jalan yang serius di Kampung Tiram, yang merupakan laluan utama yang digunakan penduduk setiap hari.

Beliau berkata, pihak Unit Perlaksanaan Projek Persekutuan, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang (UPPP JPS) telah mengambil maklum dan memberi komitmen bahawa pembinaan jalan sementara akan dilaksanakan segera dan dijangka siap dalam tempoh dua minggu.

“Ini bagi memastikan laluan dapat digunakan dengan lebih selamat dalam masa terdekat, manakala, kerja-kerja pembaikan penuh pula akan dimulakan selepas itu dan dijangka siap dalam tempoh tiga hingga empat bulan.

“Saya akan terus pantau perkembangan ini agar keselamatan dan keselesaan penduduk sentiasa diutamakan,” katanya lagi.

Hadir sama semasa tinjauan, ADUN Semambu, Chan Chun Kuang; Ahli Majlis Bandaraya Kuantan, Nik Mohd Ridzuan serta Tok Empat Kampung Sungai Tiram, Abdul Rahman.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button