BERITA SEMASA

Kerajaan utamakan kemudahan sekolah sukan demi pembangunan atlet negara

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan akan mengutamakan kemudahan di semua sekolah sukan demi pembangunan atlet negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menyokong usaha Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan organisasi sukan dalam menyediakan infrastruktur dan kemudahan sokongan dalam membangunkan aspek sukan negara.

“Saya tidak akan mengumumkannya hari ini, tetapi saya boleh yakinkan bahawa akan terus memantau dan menyokong Majlis, pertubuhan sukan selagi mereka menjaga atau mengambil usaha khusus untuk memperbaiki tadbir urus,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Ibu Pejabat Baharu MOM di Kompleks Sukan Bukit Jalil, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif dan Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

Mengenai Rumah Olimpik yang bakal dibina, Perdana Menteri secara berseloroh mengingatkan pihak pemaju, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) supaya memastikan pembinaannya itu disiapkan lebih awal daripada jadual yang ditetapkan.

“Pastikan pembinaan bukan sekadar ikut jadual, tetapi lebih awal daripada jadual,” katanya.

Bangunan baharu yang dinamakan sebagai Rumah Olimpik (Olympic House) itu akan dibina di atas tanah seluas 5.38 ekar, dengan keluasan lantai kasar berjumlah 140,973 kaki persegi dan direka serta dibangunkan oleh pemaju induk Kompleks Sukan Kuala Lumpur, MRCB.

Ibu pejabat itu bakal menghimpunkan 58 persatuan sukan kebangsaan di bawah satu bumbung, sebagai usaha memperkukuh kerjasama dan mempertingkat tadbir urus dalam pengurusan sukan negara.

Bangunan tersebut akan turut akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden seperti auditorium, pusat sumber, gimnasium, muzium, galeri, kafe, surau, dan lain-lain kemudahan sokongan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button