PMXBERITA SEMASA

PM adakan pertemuan dengan JAKIM, sokong banteras fahaman yang menyimpang

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi membincangkan beberapa isu penting berkaitan hal ehwal Islam di negara ini.

Anwar berkata, pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada perkembangan terkini sektor halal, baik di dalam mahupun luar negara.

“Platform itu penting dalam memperkukuh kerjasama antara agensi persekutuan bagi merancakkan industri halal Malaysia, yang dilihat berpotensi besar dalam prospek ekonomi,” katanya dalam satu hantaran di laman X hari ini.

Selain itu, pertemuan turut menyentuh isu pemikiran dan aliran yang menyimpang daripada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri menegaskan keperluan tindakan bersepadu oleh JAKIM dan agensi penguatkuasa untuk membanteras fahaman-fahaman ini hingga ke akar umbi.

“Kerajaan Madani mengambil serius perkara yang menyentuh akidah dan syariat umat Islam di Malaysia,” katanya lagi.

Beliau turut mendoakan agar negara dilindungi daripada ancaman yang boleh merosakkan pegangan akidah dan syariat yang benar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button