Pinjaman RM200 juta: Bekas pengarah disyaki kemuka butiran palsu ditahan
KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengarah sebuah syarikat telekomunikasi disyaki kemuka dokumen mengandungi butir matan palsu kepada sebuah institusi kewangan pembangunan sebagai dorongan memberi kelulusan pengeluaran pinjaman berjumlah kira-kira RM200 juta.
Sumber memaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan suspek lelaki berusia lingkungan 70-an itu pagi tadi, ketika hadir memberi keterangan di SPRM Putrajaya.
“Siasatan awal mendapati suspek disyaki bersubahat bersama beberapa individu lain yang telah dituduh sebelum ini dan melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2012,” katanya.
Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas, Zamri Zainul Abidin, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.
“Kes disiasat bawah Seksyen 18 Akta SPRM. Suspek akan dituduh Isnin ini di Mahkamah Kuala Lumpur,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








