BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Pemilik syarikat bekal makanan kemuka dokumen palsu tuntut RM450,000 direman SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pemilik syarikat pembekal makanan kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu membabitkan tuntutan bernilai kira-kira RM450,000 bagi program latihan kemahiran.

Perintah reman selama tiga hari itu dikeluarkan oleh Majistret Izra Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam.

Menurut sumber, wanita berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 8.45 malam, 27 Oktober lalu, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar tahun 2018 dengan mengemukakan tuntutan bekalan makanan bagi sebuah program latihan kemahiran kepada agensi kerajaan melalui sebuah yayasan di ibu negara.

“Siasatan awal mendapati beberapa nama peserta yang digunakan dalam tuntutan tersebut menafikan pernah menyertai program berkenaan, malah bekalan makanan yang dikemukakan juga tidak dilaksanakan seperti dalam permohonan,” katanya kepada Malaysia Tribune

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus mengesahkan tangkapan berkenaan dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana mengemukakan dokumen mengandungi maklumat palsu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button