Pesawat terjun payung terhempas di Tennessee, 20 terselamat
WASHINGTON – Sebuah pesawat ringan yang membawa 20 individu termasuk kru dan penumpang terhempas di Tullahoma, Tennessee, Amerika Syarikat, semalam.
Empat dilaporkan mengalami cedera serius dan tiada kehilangan nyawa dalam kejadian melibatkan pesawat aktiviti terjun payung itu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jurucakap Bandar, Lyle Russell, pesawat jenis DeHavilland DH-6 Twin Otter itu terhempas ketika sedang menjalankan aktiviti terjun payung pada pukul 12.30 tengah hari waktu tempatan.
“Kesemua 20 individu berada di dalam pesawat ketika kejadian berlaku dan setakat ini tiada kematian dilaporkan.
“Empat mangsa mengalami kecederaan serius dan telah dihantar ke hospital, tiga melalui helikopter kecemasan manakala seorang lagi dibawa menggunakan ambulans darat.
“Sementara itu, beberapa mangsa lain yang mengalami kecederaan ringan diberikan rawatan segera oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, kemalangan tidak menyebabkan sebarang kerosakan pada infrastruktur di lapangan terbang.
Sementara itu, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








